Budak 12 tahun rajin memasak di dapur, jadikan Khairul Aming sebagai idola

LocalFood
17 Oct 2024 • 10:34 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Budak 12 tahun rajin memasak

Seorang bapa luah rasa syukur apabila anak sulungnya yang berusia 12 tahun sudah pandai berdikari dalam menyediakan bekalan sendiri untuk dibawa ke sekolah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh lelaki terbabit yang menggunakan akaun TikTok @Amyzana, dapat dilihat anak lelakinya yang lengkap memakai baju sukan sekolah sedang memasak nasi goreng sebelum berangkat menuntut ilmu.

Dalam perkongsian itu, lelaki turut tersebut memberitahu anaknya bercita-cita untuk berjaya seperti usahawan dan pempengaruh Khairul Aming kelak.

@emyspiders

si along ni bru darjah 6, alhamdulilah die reti berdikari dah.. idok le apak nye risau sangat.. kate nye nk jd mcm KA .. #along #darjah6 #akhiratdidepan

♬ original sound - ysaniiieee - ysaniiieee

“6.40 pagi nak bujang tengah memasak sebelum pergi ke sekolah.

“Si along ni ni baru darjah enam, alhamdulilah dia dah pandai berdikari. Tak ada lah bapanya risau sangat, katanya nak jadi macam Khairul Aming,” katanya.

Budak 12 tahun rajin memasak

image is not available

Budak 12 tahun rajin memasak

image is not available

Anak yang hebat!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan kerajinan serta kemahirannya memasak nasi goreng walaupun usianya baru sahaja 12 tahun.

image is not available image is not available image is not available

Pandai mak ayah didik anak

Dalam pada itu, ramai memuji ibu bapa kepada kanak-kanak itu yang pandai dalam mendidik anak-anak untuk menjadi insan berguna dan mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @Amyzana