Budak 2 Tahun Dipukul ‘Pakwe’ Ibu Sampai Lebam Dan Berbirat Muka, Kini Diburu Polis

8 Jun 2023 • 2:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial sejak semalam mengenai satu kes penderaan kanak-kanak berusia 2 tahun yang dilaporkan berlaku di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Difahamkan, kanak-kanak itu telah dipukul kerana bising oleh teman lelaki ibunya dan suspek telah pun melarikan diri setelah ibu mangsa melaporkan kes tersebut kepada pihak polis.

image is not available

Sumber : Twitter  

Kes itu turut mendapat perhatian penyanyi Caprice di mana dia ada memuat naik video mengenai pencarian suspek dan meminta orang awam untuk mengesan pelaku kes dera itu agar diheret ke muka pengadilan.

Menurut si ibu, anaknya telah dipukul menggunakan penyangkut baju selain muka turut ditampar sehingga lebam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Kanak-kanak itu juga telah dihantar ke hospital oleh anggota polis untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa geram dan marah terhadap tindakan tidak berperikemanusiaan lelaki itu selain berharap agar dia segera ditangkap polis.

image is not available 2 hari lalu

Ibarat B*nuh Diri, Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Meninggal Dunia Ketika Rempit Adalah Haram