Budak 2 tahun, pejalan kaki maut

LocalTravel
15 Aug 2024 • 3:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir, Ahmad Apong

KINABATANGAN: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut dan empat lagi cedera apabila sebuah Proton X50 bertembung dengan sebuah Toyota Hilux di Jalan Kampung Paris 3, di sini, kira-kira jam 12.30 pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendent Ravi A/L Duraisamy berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kemalangan tersebut pada jam 2.15 pagi.

“Siasatan lanjut di lokasi kejadian mendapati kejadian berlaku di jalan berselekoh yang mempunyai garisan putih berkembar di tengah-tengah jalan.

“Semasa kejadian, kenderaan Toyota Hilux bergerak dari arah Sandakan menuju ke Lahad Datu, apabila sebuah kenderaan Proton X50 yang datang dari arah bertentangan masuk ke laluan Toyota itu.

SPONSORED CONTENT 40pc involves the Constitution: Hajiji Kota Kinabalu: The Sabah Government will not bow down from pursuing its 40% revenue entitlement, says Datuk Seri Hajiji Noor. Read more “Pemandu Toyota Hilux cuba mengelak ke sebelah kiri namun jarak terlalu dekat menyebabkan pertembungan berlaku.

“Akibatnya, pemandu Toyota itu mengalami luka ringan manakala pemandu Proton X50 cedera parah dan dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut,” katanya.

Jelas Ravi lagi, mangsa kanak-kanak berusia dua tahun yang menaiki Proton itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Kinabatangan. Tiga lagi penumpang cedera ringan dan dirawat di Unit Kecemasan Hospital Kinabatangan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kinabatangan yang tiba di lokasi telah membantu mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit.

Ravi berkata kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Di BEAUFORT, seorang lelaki berumur 35 tahun maut selepas dilanggar sebuah bas persiaran di Kampung Kabidang, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah DSP Ismail Abdullah berkata, kejadian jam 7.45 malam itu berlaku semasa bas persiaran itu dalam perjalanan dari Menumbok ke Beaufort.

“Setibanya di kawasan Kampung Kabidang, bas tersebut melanggar pejalan kaki yang berada di atas jalan dalam laluannya,” kata beliau.

Pemandu dan penumpang bas itu tidak cedera manakala pejalan kaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ismail turut menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati semasa memandu dan mematuhi undang-undang di jalan raya, selain memastikan kenderaan dalam keadaan baik.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.