Budak 3 Tahun Tercampak Keluar Dari Tingkap, Nasib Selamat

8 Apr 2025 • 11:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seorang bapa tidak sedar anaknya yang berusia tiga tahun tercampak keluar dari tingkap kereta di Kilometer 5 Jalan Lipis-Merapoh, semalam.

image is not available

Kejadian itu disahkan Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man. Ketika kejadian, mangsa berada di kerusi penumpang belakang Proton Iswara Aeroback dipandu bapanya yang sedang dalam perjalanan dari Kampung Tempoyang untuk pulang ke rumah di Kampung Berembang.

"Hasil siasatan awal mendapati kanak-kanak itu dipercayai terjatuh keluar dari kenderaan melalui tingkap belakang sebelah kiri yang terbuka. Ketika itu, bapanya berumur 36 tahun dikata memberhentikan kenderaan untuk menjawab panggilan telefon.

image is not available

"Bagaimanapun, bapanya dipercayai tidak menyedari insiden itu dan meneruskan perjalanan hingga ke Kilometer 7 Jalan Lipis-Merapoh sebelum menyedari anaknya tiada di dalam kenderaan,” katanya.

Bapanya cuba mencari tetapi gagal lalu membuat laporan polis di Kuala Lipis. Mujur, mangsamangsa dijumpai seorang diri dalam keadaan cedera pada bahagian muka oleh orang awam yang melalui jalan berkenaan, lalu dibawa ke Balai Polis Padang Tengku sebelum menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis.