Budak 6 Tahun Letak Kerusi Kecil Atas Kerusi Pemandu, Adik Pula Tekan Minyak

11 May 2023 • 8:31 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
budak 6 tahun

Kecoh di media sosial rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun memandu sejauh 2.5 kilometer daripada rumah tanpa pengetahuan ibu bapa.

Kereta jenis Toyota Vios yang dipandu kanak-kanak itu kemudian terbabas di Jalan Bukit Tangga berhampiran Titi Chanwang di Ulu Melaka, Langkawi.

Memetik laporan Utusan, kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun itu dipercayai meletakkan kerusi kecil di atas kerusi pemandu ketika mengendalikan kenderaan itu. Manakala adiknya berusia 3 tahun dikatakan menekan pedal minyak.

image is not available

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, pihaknya sudah selesai merakam keterangan kedua-dua ibu bapa kanak-kanak terbabit tengah hari semalam.

Katanya, siasatan seterusnya dibuat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.