Budak 6 Tahun Maut Dijilat Api Selepas Telefon Yang Sedang Dicas Tiba-Tiba Meletup

24 Aug 2022 • 3:03 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Budak 6 Tahun Maut Dijilat Api Selepas Telefon Yang Sedang Dicas Tiba-Tiba Meletup

INDONESIA – Seorang kanak-kanak 6 tahun dilapor maut selepas telefon bimbit yang sedang dicas meletup.

Menurut laporan, mangsa melecur teruk dan meninggal dunia di klinik Dr. Soekardjo Tasikmalaya sebelum sempat mendapatkan rawatan lanjut di Bandung.

Mangsa dilaporkan melecur 90 peratus dan dikatakan mengalami sawan di bilik kecemasan klinik sebelum meninggal dunia.

Difahamkan, mangsa mengalami luka melecur kerana telefon yang dicas secara tiba-tiba meletup.

Menurut portal Kobaran, telefon bimbit mangsa diletakkan di atas perutnya ketika kejadian.

Letupan telefon bimbit itu menghasilkan percikan api besar sehingga membakar pakaian dan badan mangsa.

Dalam pada itu, ibu dan adiknya yang cuba untuk menyelamatkan mangsa turut dilaporkan disambar api.

Kejadian ini menggemparkan seluruh penduduk kampung Cimerak, Kelurahan Sukaasih, Pindah, Kota Tasikmalaya.

Mereka mengetahui tentang kejadian ini setelah api marak dari dalam bilik dan dapur rumah mangsa.

Sumber : kobaran.com