Budak 9 Tahun Jadi Mangsa S*ks Gara-Gara Nak Bayar Hutang Pemadam

6 May 2024 • 4:13 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
rogol

Ingatkan di luar negara, rupanya di Malaysia! Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun menjadi mangsa seks semata-mata untuk melunaskan hutang.

Memetik laporan Harian Metro, kanak-kanak perempuan itu dikatakan mematahkan pemadam rakan dan tidak cukup wang untuk menggantikannya dengan pemadam baru.

image is not available

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kejadian itu berlaku tahun lalu di Kuala Lumpur dan suspek melibatkan dua kanak-kanak masing-masing berumur sembilan dan 10 tahun.

Berdasarkan siasatan pihaknya, mangsa telah bersetuju untuk menjadi pemuas nafsu untuk membayar hutang.

Ia kerana, dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli pemadam baru dan bersetuju melakukan seks sebagai ganti.

Jelas beliau, pihak polis membuka kertas siasatan kerana melihatnya sebagai trend terkini dalam generasi baharu.

Memandangkan semua yang terbabit berumur di bawah 10 tahun, tiada kes difailkan, kerana tiada liabiliti jenayah. Timbalan pendakwa raya dirujuk, tetapi tiada bukti dikemukakan.

Menurutnya, terdapat peningkatan kes rogol setiap tahun termasuk dalam kalangan bawah umur. Lebih membimbangkan, kanak-kanak sekarang mudah terdedah kepada media sosial dan pornografi yang membawa kepada masalah lebih besar.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved