'Budak-budak masih kurang cakna...' Jarum tertusuk dalam isi, kanak-kanak cedera gara-gara terpijak pin Jalur Gemilang

LocalFamily & Parenting
7 May 2025 • 1:00 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

ISU keselamatan pin Jalur Gemilang kembali menjadi perhatian selepas seorang kanak-kanak perempuan mengalami kecederaan apabila terpijak pin bendera yang terjatuh dari baju abangnya.



Insiden tersebut tular di media sosial bersama tiga keping gambar yang memaparkan keadaan jarum pin berkenaan yang tertusuk ke dalam isi kaki kanak-kanak terbabit, menyebabkan dia terpaksa dihantar ke pusat perubatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.



Dalam hantaran berkenaan, ibu bapa disarankan agar lebih berhati-hati dan mempertimbangkan alternatif pemakaian lencana yang lebih selamat untuk anak-anak, seperti menampal atau menjahit terus pada pakaian seragam sekolah. Langkah ini bertujuan mengelakkan insiden tidak diingini, khususnya dalam kalangan murid sekolah rendah.



“Untuk perhatian ibu bapa... berhati-hatilah dengan pin bendera Malaysia. Lebih baik beli jenis pelekat atau jahit terus pada baju. Lencana yang percuma itu mungkin kurang sesuai untuk murid-murid berumur lapan tahun ke bawah.



“Budak-budak masih kurang cakna dengan risikonya. Yang ini pun tak sedar lencana tercabut dari baju abangnya dan terjatuh atas kerusi kereta,” demikian menurut perkongsian berkenaan.



image is not available



image is not available



Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan kebimbangan terhadap reka bentuk lencana berbentuk pin yang berpotensi mendatangkan bahaya.



Ramai turut mempertikaikan keperluan penggunaan pin tajam dalam kalangan murid sekolah yang masih kecil.



Tidak kurang juga terdapat ibu bapa yang berkongsi pengalaman mereka yang sanggup melabur untuk membeli lencana jenis jahit atau pelekat bagi menjamin keselamatan anak-anak semasa di sekolah.