Budak enam tahun perlu dana RM174,000 rawat kanser neuroblastoma

LocalHealth & Fitness
12 Aug 2026 • 12:38 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Budak enam tahun perlu dana RM174,000 rawat kanser neuroblastoma

BUKIT MERTAJAM: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun kini bertarung nyawa selepas disahkan menghidap kanser neuroblastoma tahap empat, sekali gus memerlukan dana RM174,000 bagi membiayai tiga dos ubat imunoterapi yang disyorkan doktor.

Muhammad Aryan Muhammad Adli sebelum ini telah menjalani beberapa siri kemoterapi dan pembedahan, namun rawatan lanjut masih diperlukan bagi meningkatkan peluangnya melawan penyakit berkenaan.

Bapanya, Muhammad Adli Abdullah, 31, berkata, penyakit itu dikesan selepas mata kanan anaknya mengalami benjolan pada penghujung tahun lalu.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut termasuk biopsi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengesahkan Muhammad Aryan menghidap kanser neuroblastoma tahap empat dengan sel kanser dikesan di sekitar soket mata kanan dan kawasan berhampiran tulang belakang.

“Selepas beberapa siri rawatan, sel kanser turut merebak ke bahagian abdomen, tulang belakang dan pinggul. Pada awal tahun ini, Aryan menjalani lapan sesi kemoterapi sebelum menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada April lalu,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, ujian susulan bagaimanapun mendapati sel kanser masih aktif selepas anaknya mengadu sakit teruk pada bahagian pinggul akibat tekanan terhadap saraf.

Keadaan itu menyebabkan Muhammad Aryan perlu menjalani lima lagi sesi kemoterapi selain doktor mencadangkan rawatan imunoterapi bagi mengurangkan risiko kanser berulang serta membantu sistem imun melawan sel kanser.

Katanya, kos imunoterapi amat tinggi iaitu RM58,000 bagi setiap dos dan anaknya memerlukan lapan dos dengan jumlah keseluruhan mencecah RM464,000.

Sementara itu, Pengerusi pertubuhan kebajikan One Hope Charity & Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, pihaknya sedang mengumpul RM174,000 bagi menampung kos tiga dos imunoterapi untuk Muhammad Aryan.

Menurutnya, bapa kanak-kanak itu bekerja sebagai peniaga stokis produk kesihatan, manakala ibunya, Ani Farhanah Kamal Ariffin, 31, terpaksa menghentikan perniagaan dalam talian bagi memberi sepenuh perhatian menjaga anak mereka.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Public Bank Berhad atas nama One Hope Charity & Welfare (3201428817). Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui onehopecharity.org atau talian 04-539 9212, 016-419 2192, 019-232 2192 dan 018-911 4192. –UTUSAN

The post Budak enam tahun perlu dana RM174,000 rawat kanser neuroblastoma appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved