Budak Genius Umur 7 Tahun Belajar Kimia Di Universiti Terkemuka Singapura

LocalFamily & Parenting
29 Sep 2025 • 2:20 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Budak Genius Umur 7 Tahun Belajar Kimia Di Universiti Terkemuka Singapura

Pada usia hanya tujuh tahun, seorang kanak-kanak lelaki dari Singapura sudahpun menghadiri kuliah kimia asas di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) sebanyak tiga kali seminggu sejak Ogos lalu.

Theodore Kwan, yang ditemani ibu atau bapanya, hadir ke kuliah satu hingga dua jam bersama tablet, nota dan botol airnya.

Walaupun bukan pelajar berdaftar, beliau diterima sebagai ‘tetamu khas’ dalam kelas yang dikendalikan Pensyarah Kanan, Dr Sumod Pullarkat.

@ntusg

Am I in the wrong lecture hall? Here for a #chemistry lecture but who is this 7-year-old boy sitting in front of me, and who seems to already be vibing with valence electrons? What is he here for? Find out in #NTUsg HEY! magazine. Link in bio. #heyNTU #NTUsgEducation #Education

♬ original sound – NTUsg – NTUsg

IQ setinggi 154

Dengan IQ setinggi 154, Theodore dianggap kanak-kanak luar biasa.

Awal tahun ini, beliau menjadi individu termuda di Singapura yang memperoleh gred A dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) bagi mata pelajaran Kimia. Untuk info, peperiksaan tersebut setara dengan peperiksaan O Level.

Ketika itu usianya baru enam tahun 10 bulan. Theodore juga memegang lima rekod Singapura, termasuk sebagai peserta termuda yang mendapat markah penuh dalam Olimpik Sains.

Naib Presiden dan Provos NTU, Prof Christian Wolfrum berkata, universiti itu terbuka kepada semua bakat tanpa mengira usia.

Anak muda yang teruja belajar kimia

Sementara itu, ibu Theodore, Crystal Tang, yang juga pelajar PhD di sekolah perubatan NTU, mendedahkan anaknya sangat dahagakan ilmu.

Beliau bersyukur kerana Dr Pullarkat memberi peluang kepada Theodore mengikuti kuliah tanpa tekanan peperiksaan.

image is not available
Gambar: NTU

“Theodore sering meminta ilmu kimia di peringkat lebih tinggi, dan kami amat berterima kasih dengan ruang istimewa yang diberikan ini,” katanya.

Setiap Khamis, Theodore duduk di barisan hadapan bersama rakan-rakan baharu dalam kalangan mahasiswa NTU. Kanak-kanak yang periang itu turut menjawab soalan kuliah dengan penuh yakin sehingga menarik perhatian pensyarah.

Bagi Theodore, peluang menghadiri kuliah universiti adalah impian menjadi kenyataan. Di sisi lain, pelajar NTU yang lain turut mengalu-alukan kehadirannya.

Sumber: NTU