Budak Lelaki 6 Tahun Ditemukan Maut Dalam Mesin Basuh

17 Oct 2023 • 9:34 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang budak lelaki berusia enam tahun ditemukan maut dalam mesin basuh di Ipoh, Perak semalam.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Ketua Polis Ipoh Yahaya Hassan memaklumkan pihaknya menerima laporan pada jam 11.44 pagi mengenai kejadian tersebut yang berlaku di sebuah rumah lot di Kampung Sungai Tapah Tambahan.

Maut dalam mesin basuh

image is not available

Gambar hiasan

“(Siasatan awal mendapati) semasa kejadian, mangsa bersama ahli keluarga berada di dalam rumah tersebut,” katanya, lapor Bernama.

“Jam lebih kurang 9.30 pagi, mangsa dijumpai oleh neneknya dalam keadaan tidak sedar diri di dalam mesin basuh pakaian.”

Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 11.02 pagi selepas mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

image is not available

Gambar hiasan

Difahamkan, hasil bedah mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan kecederaan di bahagian kepala akibat objek tumpul. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

image is not available

Gambar hiasan