Budak lelaki berusia 6 tahun mampu bertutur 17 bahasa, ketagih menulis, mengira & membaca

2 Aug 2024 • 5:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang budak lelaki berusia 6 tahun mampu bertutur 17 bahasa dan berjaya meraih perhatian netizen selepas videonya bersama datuk tular di media sosial.

Ia dapat dilihat dengan jelas menerusi sebuah video berdurasi 3 minit 48 saat itu dimuat naik di akaun TikTok @sarmilakrishna87.

Budak lelaki berusia 6 tahun mampu bertutur 17 bahasa

Memetik laporan Sinar Harian, M Chatriyan sudah mampu mengira dan bertutur dalam pelbagai bahasa dan kini dalam proses menguasai 17 bahasa.

Antaranya adalah bahasa Melayu, Arab, Inggeris, Indonesia, Jepun, Sepanyol, Urdu, Tamil, Korea dan Rusia.

image is not available

Bapanya, M Moganasuntharan, 37 akui anak sulung daripada dua beradik itu telah didedahkan kepada bahan bacaan dan aplikasi mengira dalam pelbagai bahasa sejak kecil lagi

“Memang sejak umur Chatriyan dua tahun, dia telah didedahkan dengan bahan bacaan dan aplikasi mengira dalam pelbagai bahasa.

“Jadi sekarang dia ketagih untuk menulis, mengira dan membaca kerana setiap masa di tangannya mesti ada kertas kosong dan juga pensil,” katanya yang bekerja sebagai akauntan.

image is not available

Tak galak main ‘game’, dedah kepada bahan bacaan

Mogan berkata, anak lelakinya tidak suka bermain dengan peralatan permainan seperti kanak-kanak lain seusianya.

Sebaliknya, lebih suka menelaah bahan bacaan dan menulis huruf untuk diingatinya.

“Kawan rapatnya adalah buku dan alat tulis, memang kami tidak galakkan dia bermain permainan video di telefon bimbit sebaliknya kami dedahkan dengan menonton program pembelajaran seperti ‘Dualinggo ABC’ dan serta menyertai kuiz yang menguji minda,” katanya lagi.

image is not available

Dalam pada itu, Mogan juga akui anaknya mempunyai daya ingatan yang tinggi sehingga mereka perlu merujuk semula setiap perkataan dan suka kata baharu yang dituturkan.

Apa yang membuatkan dia dan isteri kagum apabila setiap perkataan dan ayat yang hendak dibina Chatriyan adalah menepati bahasa sebenar.

Sumber: Sinar Harian (Izwan Rozlin), TikTok @sarmilakrishna8