Budak lemas dalam takungan  air

11 Jan 2023 • 4:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui lemas, dipercayai terjatuh ke dalam takungan air di hadapan rumahnya di Jalan Kuhara, berhampiran rumah pam Jabatan Air Tawau, Isnin lepas.

Mayat Mohd Denel Zainal Abidin ditemui terapung di dalam takungan air itu oleh penduduk kampung selepas beberapa jam terjatuh.

Kanak-kanak itu, dipercayai terjatuh ketika sedang mandi di hadapan rumah memandangkan takungan air tersebut terletak hanya dua meter dari pintu rumah mereka.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tawau, Kapten (PA) Japli Siping, sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 5.25 petang.

Bagaimanapun, katanya, ketika tiba di lokasi kejadian, kanak-kanak tersebut didapati sudah tidak bernyawa.

Menurutnya, kenderaan APM mengiring kenderaan keluarga yang membawa jenazah kanak-kanak tersebut ke Hospital Tawau untuk tindakan lanjut.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.