Budak Merayu Masuk Rumah Yatim Selepas Dimarahi Ibu Tak Buat ‘Homework’

17 Aug 2023 • 10:48 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dari China bertindak melarikan diri dari rumah selepas dimarahi ibunya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menurut laporan Oddity Central, budak lelaki tersebut telah pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat aduan dan meminta pihak berkuasa untuk menghantarnya ke rumah yatim piatu.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Chongqing dan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kelihatan kanak-kanak tersebut hadir ke balai Huixing di Yubei sebelum disambut oleh dua orang anggota polis wanita.

image is not available

Pihak berkuasa telah berbual dengan kanak-kanak tersebut yang memaklumkan dia telah melarikan diri kerana ditegur oleh ibunya kerana tidak menyiapkan kerja rumah.

Perasaannya terguris selepas ibunya memberi teguran lalu kanak-kanak itu terus keluar dari rumah dan mencari rumah yatim untuk mendapatkan perlindungan.

“Mak marah saya setiap hari sebab saya tak buat kerja rumah. Dia membebel setiap hari suruh saya belajar. Saya keluar dari rumah dan lebih rela tinggal di rumah anak yatim,” kata kanak-kanak itu.

image is not available

Bagaimanapun, pihak berkuasa telah menghubungi ibu bapa kanak-kanak berkenaan mengenai keberadaan anaknya itu di balai tersebut.

Bapa kanak-kanak itu telah membawa anaknya pulang selepas berjaya dipujuk oleh pihak berkuasa.