Budak Palestin Seronok Dapat Masak, Guna Sisa Sampah Buat Unggun Api

8 Dec 2023 • 10:34 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Sekumpulan budak Palestin dilihat seronok ketika masak bersama-sama untuk menyediakan juadah makanan bagi mengisi perut telah berjaya meraih perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman X, kelihatan beberapa kanak-kanak lelaki sedang memasak sayur tomato secara gotong-royong.

Budak Palestin seronok masak

Dalam video tersebut, seorang budak lelaki bertanggungjawab memotong sayur ke dalam kuali manakala yang lain membantu menghidupkan api dengan menggunakan sisa sampah yang berada di sekeliling mereka.

Netizen sebak

Momen sekumpulan kanak-kanak tersebut telah mengundang rasa sebak ramai kerana mereka dilihat begitu gembira mempunyai makanan untuk dijamah pada hari tersebut meskipun bumi Palestin dihujani dengan serangan zionis.

image is not available

Anak-anak Palestin tabah

Dalam pada itu, netizen bersetuju ketabahan yang dimiliki oleh kanak-kanak Palestin untuk meneruskan hidup tidak akan dapat dikalahkan oleh zionis walaupun membedil Semenanjung Gaza dengan kejam.

Bukan itu sahaja, ramai yang mendoakan agar rakyat Palestin terus kuat dalam mempertahankan tanah air mereka.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Sehingga kini, menurut Kementerian Kesihatan Gaza Lebih 17,000 rakyat Palestin telah terbunuh dan 46,000 cedera susulan serangan zionis sejak 7 Oktober lalu.

Tentera Israel pada hari Jumaat berkata 92 daripada tenteranya telah terbunuh dalam pertempuran Gaza sejak serangan daratnya bermula pada 20 Oktober.

Sekitar 350 rakyat Palestin terbunuh ketika Israel memerangi militan Hamas di bandar terbesar Jaluran Gaza pada 7 Disember, kata jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Encik Ashraf Al-Qidra.

Sementara itu, pentadbiran Encik Biden berdepan pertikaian di majlis keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam tempoh 48 jam akan datang, di mana ia mungkin terdorong untuk menggunakan kuasa vetonya bagi melindungi Israel dengan menolak gesaan gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza.

Sumber: X @kahlissee

View Original Article