Budak Perempuan 5 Tahun Maut Dalam Kereta

1 Feb 2024 • 9:28 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Terdapat satu kejadian dimana seorang budak perempuan berusia lima tahun meninggal dunia dalam kereta ibunya ketika parking di kawasan Hospital Shah Alam kelmarin. Allahu..

Menurut laporan Harian Metro, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang pegawai perubatan hospital tersebut pada 8 malam dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim.

Selepas mengambil mangsa di taska berdekatan pada jam 2 petang, ibunya dikatakan tidak sengaja meninggalnya kanak-kanak perempuan itu dalam kereta jenis Perodua Axia.

Semasa ditinggalkan, mangsa dalam keadaan tertidur dan enjin kereta dimatikan. Ibu kanak-kanak itu yang berusia 34 tahun yang juga kakitangan hospital hanya menyedari kejadian terbabit selepas dihubungi suaminya, pada 6 petang.

Mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam, dalam keadaan tidak sedarkan diri, sebelum disahkan meninggal dunia.

Bedat siasat dilakukan semalam dan mendapati tiada sebarang kecederaan luaran dan dalaman.

Kes ini dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved