Budak perempuan 5 tahun maut, tertinggal dalam kereta hampir 4 jam

1 Feb 2024 • 10:39 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dilaporkan maut selepas ditinggalkan di dalam kereta hampir empat jam oleh ibunya di tempat letak kereta Hospital Shah Alam (HSA), kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 8.01 malam daripada pegawai perubatan di hopital terbabit.

Siasatan mendapati mangsa telah ditinggalkan oleh ibunya berusia 34 tahun secara tidak sengaja di dalam kenderaan jenis Perodua Axia selepas diambil dari taska kira-kira pukul 2 petang. Semasa ditinggalkan, mangsa berada dalam keadaan tertidur dan enjin kereta dimatikan.

Kejadian tersebut hanya disedari ibu mangsa sekitar jam 6 petang selepas dihubungi suaminya. Mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Kecemasan HSA dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia setelah usaha menyelamatkan mangsa dijalankan.

Menurut Mohd Iqbal, bedah siasat telah dijalankan pukul 2 petang semalam dengan berkeputusan ‘pending laboratory investigations’.

Tiada kecederaan luaran dan dalaman

Pemeriksaan terhadap mangsa juga mendapati tidak mempunyai sebarang kecederaan luaran mahu pun dalaman.

“Siasatan dijalankan dibawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya.”

Sumber: Kosmo Online

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved