Budak perempuan hilang ditemukan mati dibunuh

16 Jul 2026 • 10:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Budak perempuan hilang ditemukan mati dibunuh
Mayat Nurjilya ditemukan dalam keadaan telah mereput.
Image from: Budak perempuan hilang ditemukan mati dibunuh
Polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat tersebut berhampiran sebuah rumah dalam pembinaan di kawasan cerun semak belukar atas bukit pada jam 10.38 malam.
Image from: Budak perempuan hilang ditemukan mati dibunuh
Seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu dipercayai dibunuh selepas mayatnya ditemukan di kawasan semak.
Image from: Budak perempuan hilang ditemukan mati dibunuh
Bertindak atas maklumat dan siasatan yang dijalankan, pihak polis telah berjaya menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes ini.
Image from: Budak perempuan hilang ditemukan mati dibunuh
Mayat Nurjilya Abdullah, 11, yang ditemukan dalam keadaan telah mereput disahkan oleh ibunya sendiri.

KOTA KINABALU - Seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu dipercayai dibunuh selepas mayatnya ditemukan di kawasan semak atas bukit Kampung Numbak di sini pada Rabu.

Mayat Nurjilya Abdullah, 11, yang ditemukan dalam keadaan telah mereput disahkan oleh ibunya sendiri.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat tersebut berhampiran sebuah rumah dalam pembinaan di kawasan cerun semak belukar atas bukit pada jam 10.38 malam.

**media[3584837]**

"Hasil pemeriksaan awal di lokasi oleh pasukan forensik mendapati mayat mangsa berada dalam keadaan telah mereput.

"Pengecaman identiti kemudiannya dibuat oleh ibu mangsa berdasarkan pakaian yang dipakai oleh mangsa ketika dilaporkan hilang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan oleh Pakar Perubatan Forensik mendapati punca kematian dipercayai daripada kecederaan pada bahagian muka dan belakang kepala yang disyaki akibat hentakan menggunakan objek keras dan tumpul.

**media[3584840]**

"Bertindak atas maklumat dan siasatan yang dijalankan, pihak polis telah berjaya menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes ini.

"Kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman bagi membolehkan siasatan diteruskan," katanya.

**media[3584841]**

Syed Lot berkata lagi, motif kejadian masih dalam siasatan dan pihaknya sedang melengkapkan siasatan termasuk mendapatkan keterangan saksi serta bukti berkaitan.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih sehingga boleh menjejaskan siasatan.

**media[3584842]**

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP La Paula Abd Muis di talian 013-5149490 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Katanya, siasatan diteruskan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved