Budak Sekolah Lempang Rakan Sebab Post Gambar Aib, Dakwa Kena Gertak Dengan Polis Palsu

Entertainment
23 Oct 2023 • 12:27 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
lempang

Buku bertemu ruas! Itulah yang dapat dikatakan mengenai isu pelajar perempuan yang menampar rakan sebanyak 5 kali baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan, pelaku menjelaskan dia ‘naik tangan’ kerana mangsa memuat naik gambar aibnya berkenaan body shaming di TikTok.

Dia dikatakan dah meminta mangsa untuk padam posting tetapi tak diendahkan. Selepas kejadian, pelajar perempuan itu mengaku ke rumah mangsa dan meminta maaf.

Namun, pelajar ini mendakwa pihak mangsa tidak meminta maaf berkenaan isu gambar aib. Dia mendakwa lagi, menerima satu panggilan telefon mengaku pegawai polis menggertak dan mengugutnya.

image is not available

Pelajar ini difahamkan sudah membuat laporan polis di atas dua perkara iaitu muat naik gambar aib (body shaming) dan menyamar sebagai pegawai polis.

Dengan penjelasan ini, dia berharap orang ramai dapat berhenti melemparkan tohmahan buruk mengenainya.

Kredit: X @ciraplaici

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.