Budak Sekolah Parah, Besi 5cm Tembusi Kepala Ditikam Rakan

22 Dec 2022 • 12:54 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Budak Sekolah Parah, Besi 5cm Tembusi Kepala Ditikam Rakan

Seorang budak sekolah nekad menikam rakan sekelasnya di bahagian kepala menggunakan besi kerana bertengkar, lapor Daily Mail.

Imej ngeri memaparkan kecederaan pelajar lelaki berkenaan telah dikongsi oleh media tempatan di Mansoura Mesir. Imej itu menunjukkan kepala budak lelaki tersebut ditembusi dengan besi logam di atas telinga kirinya.

Besi yang kebiasaannya mempunyai pemegang yang menutupinya telah menembusi sedalam 5 sentimeter ke dalam tengkorak budak lelaki terbabit.

Pembedahan yang berlangsung selama lima jam itu telah memaksa doktor untuk membuang sebahagian daripada tengkoraknya dan kemudiannya diganti supaya kecederaan tersebut dapat dirawat.

image is not available
Kredit NEWSFLASH

image is not available
Kredit NEWSFLASH

Pegawai di Hospital Kecemasan Universiti berkata keadaan mangsa sedang pulih dan berada di wad unit rawatan rapi.

Pakar perubatan memuji mereka yang telah menghubungi perkhidmatan kecemasan dan tidak melakukan sebarang tindakan cubaan mengeluarkan besi itu sehinggalah mangsa sampai ke hospital.

Pakar perubatan berkata masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada kesan sampingan mungkin akan terjadi berikutan daripada kecederaan ngeri yang dialami mangsa.

Polis tempatan dilaporkan sedang menyiasat kejadian itu dan dipercayai pelaku masih dibawah umur untuk tindakan jenayah yang boleh dijatuhkan kepadanya.

Polis juga tidak mendedahkan punca pertengkaran tersebut.

Sumber: Daily Mail

View Original Article