Budaya takfiri, fitnah antara empat usul dilulus Amanah untuk dibahas

Politics
24 Dec 2023 • 9:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Khalid

KLANG - Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) 2023 meluluskan empat usul untuk dibahaskan pada Ahad.

Empat usul itu terdiri budaya takfiri dan fitnah, persempadanan semula kawasan pilihan raya, solidariti bersama rakyat Palestin dan menggesa kerajaan segera meluluskan Rang Undang-undang (RUU) pekerja sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Usul, Khalid Abdul Samad berkata, secara keseluruhan sebanyak 89 usul diterima.

Ujarnya, daripada jumlah itu, sebanyak 21 usul diterima tanpa bahas dan 19 usul ditolak, manakala 40 usul diterima sebagai cadangan.

Konvensyen yang berlangsung tiga hari bermula Jumaat menjadi tumpuan susulan akan diadakan pemilihan Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah sesi 2023-2026.

Mohamad dan Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof antara yang akan merebut jawatan dalam pemilihan kali ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved