Budi Madani bukan alternatif Padu: Fahmi

LocalPolitics
29 May 2024 • 8:49 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

PUTRAJAYA – Semua individu yang layak mendapat subsidi diesel perlu mengisi permohonan untuk Program Bantuan Subsidi Madani (Budi Madani), walaupun sudah mendaftar dengan sistem Pangkalan Data Utama (Padu), kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Fahmi, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, Budi Madani bukan alternatif untuk Padu ataupun individu yang terlepas daftar Padu.

“Ia perlu diisi oleh semua individu yang layak untuk subsidi diesel walaupun telah daftar Padu,’’ katanya pada sidang media di Kementerian Komunikasi, di sini hari ini.

Menurut Fahmi, perkara itu tidak dibincangkan secara khusus semasa mesyuarat Kabinet.

Bagaimanapun, katanya, Kementerian Kewangan akan mengadakan sesi bersama pengarang berita bagi menjelaskan butiran mengenai inisiatif Budi Madani. - 29 Mei, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved