
BUDI MADANI Mac Disalur Hari Ini
Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan bayaran bantuan tunai BUDI MADANI sebanyak RM300 sebulan (bulan Mac) disalurkan kepada penerima yang layak pada 8 April 2026, Rabu hari ini.
Menurut MOF, telah menetapkan tarikh pembayaran bagi tahun 2026 dalam satu hantaran di Facebook.
Sebelum ini, Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan berkata bantuan tambahan interim RM100 diteruskan, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan bagi kategori BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi kekal sebanyak RM300.
Bantuan tersebut akan memanfaatkan kira-kira 340,000 penerima dengan peruntukan sekitar RM102 juta.
"Dalam suasana pasaran tenaga global yang semakin tidak menentu, Kerajaan MADANI mengambil langkah tegas bagi melindungi rakyat dengan mengekalkan bantuan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) pada kadar RM300 sebulan bagi April 2026," katanya.
Apa Itu BUDI MADANI?

BUDI MADANI ialah wadah Kerajaan MADANI untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak.
Belanjawan 2024 yang diumumkan komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.
Baca juga:Bagi memastikan Kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan.
Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.
Kategori BUDI MADANI
Di bawah BUDI MADANI, terdapat tiga kategori iaitu Budi Individu, Budi Agri-Komoditi dan My Subsidi Diesel.
Budi Individu merujuk kepada bantuan subsidi tunai RM200 sebulan untuk pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak.
Manakala Budi Agri-Komoditi pula bantuan kepada petani dan penternak bagi meringankan kos bahan api dan operasi pertanian.
MySubsidi Diesel adalah permohonan pembayaran balik sementara bagi pemohon Skim Kawalan Diesel Subsidi (SKDS) yang masih menunggu kelulusan “fleet card”.
Cara mohon BUDI MADANI
Untuk makluman, pemohon boleh membuat permohonan secara dalam talian di laman web https://budimadani.gov.my yang akan dibuka sepanjang tahun.
Untuk mengetahui lebih lanjut berhubung syarat-syarat kelayakan BUDI MADANI, orang awam diminta melayari https://budimadani.gov.my atau boleh menghubungi talian bantuan BUDI MADANI di nombor 1-800-88-2747/03-88824565/03-88824566 atau secara e-mel di alamat budimadani@treasury.gov.my.

