BUDI95: Boleh Guna Touch ‘n Go, Setel

LocalPolitics
22 Sep 2025 • 12:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selain MyKad, kerajaan memberi kelonggaran kepada penerima manfaat sistem subsidi bersasar petrol Budi Madani RON95 (Budi95) untuk menggunakan aplikasi Touch ‘n Go dan Setel untuk membuat transaksi pembayaran tanpa perlu mempamerkan MyKad.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, opsyen itu bagi memudahkan rakyat membuat transaksi, sekali gus mengelakkan kesesakan di stesen minyak.

“Jadi kalau yang perlu, semak cip MyKad sekarang. Kerana MyKad itu sudah lusuh, anak baling ke sana ke sini. Boleh semak supaya berfungsi dan semak lesen memandu yang sah.

image is not available

“Jadi, seperti juga Sara (Sumbangan Asas Rahmah) tidak perlu lagi pendaftaran lain-lain. Bawa MyKad, ada lesen sah.

“Tetapi, pembaca MyKad itu disediakan juga di kedai, di pam minyak. Jadi tidak terhad pada satu tempat, itu untuk mengurangkan risiko kesesakan

Tapi kalau yang celik digital, ada opsyen lain lagi, TouchNGo boleh, Setel boleh, jadi dia tak perlukan MyKad untuk memudahkan,” katanya.