BUDI95 bukti keprihatinan kerajaan, tindakan berprinsip demi rakyat- Zahid Hamidi

LocalPolitics
22 Sep 2025 • 3:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penyasaran subsidi petrol RON95 menerusi BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Beliau menyifatkan keputusan itu sebagai langkah berprinsip dan penuh keprihatinan terhadap kesejahteraan rakyat.

image is not available

“Sebagai sebahagian daripada kepimpinan negara, saya melihat keputusan ini sebagai tindakan berprinsip dan penuh keprihatinan terhadap kesejahteraan rakyat.
“Insya-Allah, kita akan terus mendukung usaha Kerajaan demi Malaysia yang lebih adil, mampan dan inklusif,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

image is not available

image is not available

image is not available

BUDI95 bukti keprihatinan kerajaan

Melalui inisiatif BUDI95, harga RON95 untuk rakyat Malaysia dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.99 seliter bermula 30 September 2025.

Pada masa sama, hanya rakyat Malaysia akan menikmati subsidi ini manakala bukan warganegara dan syarikat besar perlu membayar harga tanpa subsidi sekitar RM2.60 seliter.

image is not available

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pelaksanaan inisiatif BUDI95 bertujuan memastikan agihan subsidi lebih adil kepada pengguna yang layak, di samping mengelakkan berlakunya ketirisan.

Bagaimanapun, pemandu e-hailing dikecualikan daripada siling kelayakan 300 liter sebulan dan boleh memohon untuk nilai yang lebih tinggi mengikut keperluan.

Sumber: FB Zahid Hamidi