
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Hari ini (25 Jun), Kementerian Kewangan memaklumkan hanya satu peratus (1%) daripada 14 juta pengguna BUDI MADANI RON95 (BUDI95) menggunakan lebih daripada 200 liter petrol subsidi setiap sebulan sejak inisiatif ini mula diperkenalkan pada bulan Oktober 2025.
Lebih 80% Guna RON95 Bawah 200 Liter, Purata Sekitar 140 Liter Sebulan
Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, data diperoleh dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan lebih 80% menggunakan RON95 dibawah paras 200 liter.
“Berdasarkan data sebenar sejak kita mula Oktober 2025 hingga bulan Mei 2026 hanya kurang 1% pengguna BUDI95 menggunakan lebih 200 liter RON95 secara konsisten bermakna setiap bulan. petrol
“Merujuk statistik DOSM, lebih 80% pengguna dibawah paras 200 sebulan dengan purata 140 liter sebulan,” jelasnya.

Baca Artikel Berkaitan: Kuota BUDI95 Dikurangkan Untuk Elak Rakyat Tanggung Beban Pada Masa Depan – Anwar
Baca Artikel Berkaitan: Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Dari 200 Ke 150 Liter Sebulan, Kata Timb. Menteri Kewangan
Dari segi penggunaan diesel bersubsidi pula, Amir Hamzah berkata kelayakan 300 liter sebulan mencukupi untuk rakyat di negara ini.
95% Pengguna Diesel Guna Kurang Dari 300 Liter Sebulan
Jelas beliau dipetik Astro Awani, data dari DOSM merekodkan 95% pengguna diesel dalam negara menggunakan kurang daripada jumlah itu sebulan.
Kerajaan Sediakan Kelayakan Tambahan Budi Diesel 100 Liter – Amir Hamzah
“Namun, mengambil kira majoriti kenderaan diesel rakyat ialah jenis jip dan pikap kerana menjadi pengangkutan utama barangan untuk peniaga kecil dan kenderaan penumpang di pedalaman, kerajaan menyediakan kelayakan tambahan Budi Madani Diesel (Budi Diesel) 100 liter yang boleh dipohon,” jelasnya.

Perlu Pengesahan MyKad Untuk Tebus Diesel Bersubsidi, Sama Seperti RON95
Sebelum ini, beliau menerusi satu sidang media memaklumkan kuota asas diesel setiap bulan menerusi mekanisme BUDI MADANI adalah 200 liter pada harga RM2.10 seliter bermula 1 Julai 2026.
Namun kerajaan telah memperkenalkan kuota tambahan 100 liter diesel bersubsidi kepada pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip yang layak.
Untuk info, BUDI Diesel akan disepadukan dengan BUDI95 iaitu dengan pengesahan menggunakan MyKad.
Namun menerusi infografik yang diberikan BUDI Madani Diesel yang bermula dari 1 Julai ini hanya untuk warganegara yang mempunyai lesen dan memiliki kenderaan diesel berdasarkan kriteria kelayakan.

Baca Artikel Berkaitan: Harga Diesel Subsidi Turun RM2.10 Seliter Di Seluruh Negara Mulai Julai, Mekanisme Berasaskan MyKad Seperti BUDI95
Harga Minyak Dunia Dijangka Kekal Tinggi
Beliau dalam masa sama turut memaklumkan konflik yang berlaku di Asia Barat sehingga menyebabkan lonjakan dan krisis minyak dunia turut memberi kesan kepada Malaysia.
“Subsidi petrol dan diesel sekitar RM800 juta pada bulan Januari dan Februari, telah melonjak hampir RM5 bilion sebulan untuk Mac dan April.
“Walaupun terdapat petanda positif ke arah persetujuan perdamaian antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, harga minyak dunia dijangka kekal tinggi berbanding sebelum konflik bermula,” katanya.
Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Harga Minyak Mentah Global Turun Tapi Di Stesen Minyak Kita Tidak? Ini Penjelasan MoF





