BUDI95: Nelayan kecil, pekebun tiada lesen memandu boleh kemuka rayuan -PM Anwar

LocalPolitics
26 Sep 2025 • 4:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan memberi jaminan untuk mempertimbangkan rayuan golongan nelayan kecil, pekebun dan pemilik perahu yang menggunakan petrol RON95 tetapi tidak memiliki lesen memandu, agar mereka turut menerima manfaat daripada program Budi Madani RON95 (Budi95).

image is not available

Manfaat Budi95 dapat dirasai golongan tersebut

Memetik laporan daripada Bernama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan perkara itu akan diteliti kerana kerajaan menyedari wujud situasi tertentu terutama di Sabah, Sarawak dan Kelantan.

“Nelayan dan pekebun memang ada elaun khas, selain bantuan diesel tetapi jika ada yang benar-benar menggunakan RON95 untuk perahu atau bot, mereka boleh kemukakan rayuan.
“Saya jamin kerajaan akan bantu mana yang layak. Hal ini tidak membabitkan jumlah yang besar, jadi kita boleh pertimbangkan,” ujarnya.

image is not available

Budi95 turut dipertimbangkan buat yang generator, mesin rumput

Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, pertimbangan sama turut diberikan kepada mereka yang menggunakan set generator atau mesin rumput dengan petrol RON95.

image is not available

Pada masa sama, beliau menegaskan kemampuan kerajaan melaksanakan program Budi95 adalah hasil daripada tadbir urus baik serta langkah pembaharuan dasar yang berjaya menutup ruang ketirisan dan rasuah.