Bufet Ramadan Mewah Di Imperial Lexis Kuala Lumpur Kini Kembali, Hidang Menu Premium Dan Lazat

LocalFood
25 Feb 2025 • 9:30 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
imperial lexis KL

Bulan Ramadan semakin hampir, mesti ramai dah mula merancang untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan, kan?

Sudah tentu, bufet menjadi salah satu pilihan wajib yang paling dinanti-nantikan semua orang.

Kali ini, kami nak bawa korang merasai pengalaman seolah-olah berada di ‘syurga makanan’ iaitu di Imperial Lexis Kuala Lumpur.

image is not available

Kali ini, Imperial Lexis Kuala Lumpur tampil dengan Bufet Istimewa Cita Rasa Lexis di Roselle Coffee House yang menggabungkan warisan tradisi Malaysia dengan hidangan antarabangsa.

Hidangan beraneka pilihan untuk semua selera

Bufet ini akan berlangsung dari 3 Mac hingga 26 Mac 2025, setiap hari dari 6:30 petang hingga 10:00 malam. Antara pilihan makanan mewah yang dihidangkan adalah:

Makanan laut segar

image is not available

Baby lobster, udang harimau, kupang New Zealand dan banyak lagi dihidangkan bersama pencicah yang menyelerakan.

Stesen Jepun

image is not available

Aneka sushi, maki rolls dan salad segar.

Pembuka selera tempatan

image is not available

Untuk pembuka selesa tempatan ada disediakan gado-gado, tempeh goreng, pelbagai jenis kerabu dan sajian tradisional lain.

Stesen khas

image is not available

Dari grill arang yang beraroma, tempura rangup hingga kambing panggang yang empuk semuanya tersedia untuk memuaskan selera korang.

Hidangan tempatan, asia dan antarabangsa

image is not available

image is not available

Bukan itu jer, korang juga boleh memikmati variasi istimewa seperti Roti John, Nasi Biryani, Ketam Cili Singapura, Ikan Tiga Rasa, Rendang Daging, Bubur Lambuk, Itik Panggang dan banyak lagi!

Pencuci mulut dan minuman

image is not available

Memang tak lengkaplah hidangan kalau tak ada pencuci mulut kan? Di sini, ada macam-macam pilihan termasuk aiskrim serta minuman fresh yang lain.

image is not available

Fuh, melihat kepada pilihan makanan yang ada, memang puas hati dan berbaloi sangat dengan harga yang korang bayar.

Jom booking awal untuk dapatkan harga istimewa!

image is not available

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman bufet istimewa ini. Tempat adalah terhad, jadi pastikan korang membuat tempahan awal!

Harga Bufet:

  • RM199 nett (Dewasa)
  • RM120 nett (Warga Emas 60 tahun ke atas dan kanak-kanak 7-12 tahun)
  • Tawaran Early Bird: RM169 nett bagi pembelian baucar sebelum 28 Februari 2025.

Untuk tempahan dan pertanyaan, WhatsApp +6010 784 0176 atau email eat@imperiallexiskl.com.

Ketahui lebih lanjut di https://www.imperiallexiskl.com atau ikuti Imperial Lexis Kuala Lumpur di Instagram, Facebook, TikTok & RED (XiaoHongShu) untuk perkembangan terkini!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Imperial Lexis KL


The post

appeared first on

.