
KUALA LUMPUR – Golongan bujang yang layak di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mula menerima bantuan bulanan sehingga RM100 mengikut kelayakan masing-masing bermula hari ini, 16 Januari.
Perkara itu dimaklumkan Kementerian Kewangan menerusi satu perkongsian di Facebook berkaitan jadual penyaluran bantuan di bawah inisiatif Kerajaan MADANI.
Menurut kementerian, seramai 3.1 juta individu bujang berusia antara 21 hingga 59 tahun layak menerima bantuan SARA bulanan yang dibahagikan kepada dua kategori.
Bagi individu dengan pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah, bantuan sebanyak RM50 sebulan akan disalurkan. Manakala penerima dalam kategori sama yang turut tersenarai sebagai penerima e-Kasih layak menerima bantuan lebih tinggi iaitu RM100 sebulan, yang akan dikreditkan terus ke dalam MyKad.
Kategori & Kadar Bantuan SARA Bagi Golongan Bujang
Dalam perkembangan sama, penyaluran bantuan SARA bulanan bagi kategori isi rumah dan warga emas telah mula disalurkan lebih awal, iaitu pada Jumaat lalu.
Sementara itu, semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas dijadualkan menerima bantuan one-off RM100 yang akan disalurkan pada 9 Februari 2026.
Selain itu, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 turut dijadualkan untuk mula dibayar bermula 20 Januari ini. – The Malaysian Update
The post Bujang Layak Terima Bantuan SARA Sehingga RM100 Sebulan Bermula Hari Ini appeared first on The Malaysian Update.


