Buka 4 Pusat Pemeriksaan Baharu, CARSOME Kembangkan Operasi Di Sarawak

22 Oct 2022 • 4:06 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

CARSOME sentiasa memastikan penawaran harga adil dapat diberikan untuk setiap kereta.

Buka 4 Pusat Pemeriksaan Baharu, CARSOME Kembangkan Operasi Di Sarawak. Platform e-dagang kereta bersepadu terbesar di Asia Tenggara, CARSOME, secara rasminya mengembangkan operasi dengan melancarkan 4 buah pusat pemeriksaan kenderaan baharu setiap satu di Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu.

Menrut CARSOME, mereka ingin memperkenalkan standard baharu dalam penjualan kereta untuk pengguna di Sarawak dengan memberikan pelanggan pilihan telus dan boleh dipercayai.

image is not available
Buka 4 Pusat Pemeriksaan Baharu, CARSOME Kembangkan Operasi Di Sarawak. Sumber Foto: CARSOME

Jual kereta dengan mudah dan transaksi pantas

Anda kini boleh menjual kereta tanpa perlu melakukan sebarang urusan yang rumit dengan transaksi yang pantas.

Berpandukan prosedur pemeriksaan yang ketat, setiap pusat pemeriksaan CARSOME dilengkapi dengan pemeriksa bertauliah yang mahir untuk menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas kereta bagi memastikan kualiti kereta diambil kira untuk menawarkan harga terbaik dalam pasaran.

Pengasas Bersama CARSOME & Ketua Pegawai Eksekutif Akademi CARSOME, Teoh Jiun Ee berkata pengembangan syarikat mereka ke Sarawak ini adalah sebahagian daripada misi berterusan CARSOME untuk menyelesaikan kesulitan pelanggan, sekali gus memberikan ketenangan fikiran kepada rakyat Malaysia sepanjang perjalanan penjualan kereta mereka”.

image is not available
Sumber Foto: CARSOME

CARSOME kini sudah mempunyai 49 buah pusat pemeriksaan di seluruh Malaysia

Dengan pelancaran empat buah pusat pemeriksaan baharu di Sarawak iaitu di Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu, CARSOME kini memiliki 49 buah pusat pemeriksaan di seluruh Malaysia.

Dalam masa yang sama, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang hadir dalam majlis pelancaran CARSOME berkata, pengembangan CARSOME ke Sarawak adalah tepat pada masanya memandangkan negara sedang dalam fasa pemulihan daripada wabak Covid-19.

Lagi berita terkini buat anda di sini: