Buka Laptop Pasang YouTube, Justin Bieber ‘Karaoke’ Lagu Lama Di Coachella

EntertainmentMusic
13 Apr 2026 • 8:20 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Penyanyi sensasi, Justin Bieber mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan konsep luar biasa di festival muzik terkenal, Coachella.

Bawa laptop nyanyi lagu lama

Memetik laporan daripada The Guardian, Bieber memilih pendekatan minimalis dengan menyanyikan semula lagu-lagu nostalgianya dalam persembahan tersebut sambil duduk di hadapan komputer riba, diiringi paparan video muzik lama seperti Baby dan Never Say Never.

Image from: Buka Laptop Pasang YouTube, Justin Bieber ‘Karaoke’ Lagu Lama Di Coachella

Tayang rakaman sewaktu berusia 12 tahun

Menariknya, konsep ini dilihat sebagai penghormatan kepada platform YouTube yang menjadi titik permulaan kariernya.

Lebih mengimbau kenangan, Bieber turut memaparkan rakaman lama dirinya sejak usia 12 tahun serta berinteraksi secara langsung dengan peminat sepanjang persembahan.

Image from: Buka Laptop Pasang YouTube, Justin Bieber ‘Karaoke’ Lagu Lama Di Coachella

Kemunculan ini juga menandakan persembahan besar pertama Bieber selepas empat tahun, susulan pembatalan jelajah dunia Justice akibat masalah kesihatan iaitu Ramsay Hunt syndrome.

Walaupun bermula secara solo di pentas kosong, Bieber kemudian menghidupkan suasana dengan membawakan lagu daripada album terbaharu serta mengajak penonton mengimbau kembali katalog lagu lamanya.

Image from: Buka Laptop Pasang YouTube, Justin Bieber ‘Karaoke’ Lagu Lama Di Coachella

Turut mencuri perhatian ialah paparan klip tular yang pernah mencetuskan spekulasi mengenai dirinya, selain kehadiran artis jemputan seperti The Kid Laroi, Wizkid, Tems dan Dijon yang memeriahkan pentas.

Persembahan Bieber dilihat cukup berbeza berbanding artis utama malam sebelumnya, Sabrina Carpenter yang tampil dengan konsep lebih dramatik ala Hollywood.

Festival Coachella yang berlangsung di California itu dijangka terus meriah dengan kemunculan Karol G sebagai antara bintang utama seterusnya.

Sumber: The Guardian

The post Buka Laptop Pasang YouTube, Justin Bieber ‘Karaoke’ Lagu Lama Di Coachella appeared first on Borak Daily.

View Original Article