Buka mata, buka hati

Politics
25 Nov 2023 • 8:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Putra Perdana.

SUDAH tentulah banyak penyokong beliau dan kerajaan boleh pertikai dapatan ini.

Mungkin akan ada pula tinjauan yang membuktikan sebaliknya. Malah keputusannya mungkin lebih positif lagi.

Tapi Awang harap PMX dan anggota kerajaannya ambillah yang positif daripada tinjauan ini. Memang tak ada tinjauan yang tepat atau muktamad.

Ini bukan sains libatkan roket angkasa lepas tapi bukalah mata dan hati terhadap sebarang pandangan orang lain.

Awang juga harap mereka analisis dapatan ini dan tidak menganggapnya karut serta tak penting.

Kita tak perlu kerja di firma tinjauan pendapat untuk tahu isu terbesar sekarang adalah ekonomi.

Bila sebut ekonomi bukan sahaja dasar yang jelas tapi sikap terhadap masyarakat perniagaan.

Kerajaan kena business-friendly, kata orang putih. Oleh sebab itu, orang selalu banding kerajaan sekarang dengan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam soal pengurusan ekonomi.

Banyak sudah teguran terhadap PMX bahawa dia tak terlarat nak jadi PM, Menteri Kewangan dan juga ambil tugas Menteri Wilayah Persekutuan. Dia bukan ‘Superman’.

Dah lebih 100 hari Allahyarham Tuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia, takkan nak ganti beliau pun nak tunggu sampai satu lagi tinjauan rating penerimaan?

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved