
Ni asal buka pintu je, duit habis. – netizen
Buka Pintu Terus Masuk Mall, Keunikan Rumah Di Bintulu Ini Jadi Tular. Bayangkan setiap kali anda membuka pintu rumah, pemandangan pertama yang menyapa adalah sebuah pusat membeli-belah. Kedengaran seperti impian bagi pencinta shopping, bukan?
Itulah situasi unik yang menjadi perbualan hangat di TikTok apabila seorang pengguna, @matheora00, berkongsi video menunjukkan kawasan parkir dalam sebuah pusat beli-belah yang terletak bersebelahan terus dengan pintu rumah penduduk.

Dalam video yang kini tular dengan lebih 409,000 tontonan itu, pemilik akaun menyertakan kapsyen lucu: “Istilah kata hari-hari tengok mall. Only in Bintulu, Sarawak.” Difahamkan, pusat beli-belah tersebut ialah SK ONE Garden City.
Netizen Terhibur Dengan Keadaan Unik Ini
Ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai reaksi kreatif dan mencuit hati daripada netizen yang membayangkan bagaimana kehidupan harian penduduk rumah tersebut. Antara komen yang menarik perhatian ialah:
️ “Wow.. bersabar betul owner rumah ni masa mall ni dalam pembinaan, macam manalah dia rest.. Nikmat dia dengar bising akhirnya berbaloi.. ”
️ “Kalau rumah aku macam ni, aku jalan-jalan mall pakai boxer je.”
️ “Mesti dah bosan tengok mall sebab hari-hari tengok mall. ”
️ “Ni asal buka pintu je, duit habis.”
️ “Member: Jom gi mall.. Aku datang ambik ko. Kau: Xpayah.. Aku jalan kaki je.”
Walaupun situasi ini mungkin kedengaran menarik buat sesetengah orang, ada juga yang berpendapat bahawa ia boleh menjadi cabaran besar, terutama dari segi keselesaan dan privasi. Namun, bagi mereka yang gemar membeli-belah dan menikmati kemudahan yang serba dekat, rumah di lokasi strategik sebegini pasti menjadi idaman!
@matheora00 istilah kata hari-hari tengok mall. only in Bintulu, Sarawak. #fyppppppppppppppppppppppp #CapCut #sarawaktiktok ♬ original sound – Yuuu
Fenomena unik seperti ini sering menjadi topik bualan dalam kalangan netizen, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan sesuatu yang jarang ditemui di tempat lain.
Jadi, adakah anda sanggup tinggal di rumah yang betul-betul berhadapan dengan pusat beli-belah seperti ini? Atau anda lebih selesa dengan suasana kejiranan yang lebih tenang? Kongsikan pendapat anda!
Baca juga cerita menarik di bawah:


