Buka Seluar Ketika Seminar SPM, Lelaki Direman Tiga Hari

LocalPolitics
10 Feb 2026 • 9:51 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis mengesahkan penahanan seorang lelaki yang sebelum ini tular susulan tindakannya berkelakuan tidak senonoh ketika satu seminar melibatkan pelajar sekolah menengah di Cheras, baru-baru ini.

Buka seluar ketika seminar SPM

image is not available

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud memaklumkan, suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an itu diberkas di kawasan Sri Petaling, pada Isnin.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras mengesahkan menerima laporan dibuat pada 7 Februari mengenai kelakuan tidak senonoh yang berlaku di sebuah universiti swasta.
“Kejadian berlaku ketika seminar pelajar Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) di sebuah universiti berkenaan,” katanya.

Artikel lain: Pelajar IPT Didakwa Lakukan Perbuatan Tidak Bermoral Terhadap Calon SPM Dalam Myvi

Beliau berkata, motif sebenar kejadian masih dalam siasatan, manakala suspek direman selama tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

image is not available

Terdahulu, beberapa klip video yang tular di aplikasi Threads memaparkan seorang lelaki diarah keluar dari sebuah dewan selepas didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh ketika berlangsungnya seminar berkenaan.

Berdasarkan hantaran tersebut, lelaki terbabit dipercayai menanggalkan seluar sebelum menunjukkan kemaluannya ke arah pelajar perempuan yang menyertai seminar itu.

Sumber: Harian Metro (Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil)

The post Buka Seluar Ketika Seminar SPM, Lelaki Direman Tiga Hari appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved