Buka Tak Sampai Seminggu, Lebuh Raya Bertingkat DASH Rekod Kemalangan Maut Pertama!

20 Oct 2022 • 12:17 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang baru dibuka pada Jumaat lalu, mencatat kemalangan maut pertama membabitkan seorang penunggang motosikal, tengah malam tadi.

Insiden berlaku apabila motosikal jenis SYM VF3I yang ditunggang lelaki berusia 24 tahun itu terbabas sebelum terjatuh ke atas jalan di Kilometer (KM) 15.7 DASH dekat Penchala, Petaling Jaya, Selangor.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid memaklumkan ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Penchala menghala ke Denai Alam.

"Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

image is not available

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil ke mana-mana balai polis terdekat bagi membantu siasatan," katanya.

Lebuh raya DASH sepanjang 20.1 kilometer dengan 13 persimpangan keluar masuk, dibuka mulai jam 12.01 tengah malam Jumaat lalu.

image is not available

image is not available

Persimpangan itu ialah di Puncak Perdana, Alam Suria, Denai Alam, Kampung Melayu Subang, Pinggiran Subang, Subang Dua, Lapangan Terbang Subang, RRIM (Kwasa Damansara), Surian, Seksyen 5 Kota Damansara, Sunway Damansara, Damansara Perdana dan Penchala.

DASH menghubungkan tiga lebuh raya utama, iaitu Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT).

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved