Bukan Benjamin Mora jurulatih baharu Harimau Malaya

LocalFootball
9 Dec 2024 • 3:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Benjamin Mora

SPEKULASI yang mengaitkan bekas pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora akan berada dalam barisan kejurulatihan baharu Harimau Malaya tidak benar.

Ia selepas pengendali berusia 45 tahun itu telah sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu kelab Mexico, Queretaro FC.

Sebelum ini, Mora dan seorang lagi bekas pengendali JDT, Esteban Solari dikaitkan dengan projek baharu skuad kebangsaan yang akan diumumkan bulan ini.

Mora pernah melatih JDT dari tahun 2015 sehingga 2022 dan membantu pasukan Harimau Selatan itu menang empat kejuaraan Liga Super, empat Piala Sumbangsih, satu Piala Malaysia.

Beliau juga memiliki rekod baik dengan memenangi 102 perlawanan daripada 148 perlawanan sepanjang tujuh tahun bersama JDT.

Struktur kejurulatihan skuad kebangsaan dijangka bakal berubah dengan drastik selepas Pau Marti Vicente yang kini membimbing Harimau Malaya di Piala ASEAN sah akan meninggalkan pasukan selepas kejohanan tersebut berakhir.

Penstrukturan itu juga bakal menyaksikan bukan Pau Marti seorang yang melepaskan jawatan tersebut, tetapi juga keseluruhan barisan kejurulatihan pasukan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved