Bukan biasa-biasa! SUV baharu paling smart tahun ini boleh ‘bercakap’ dalam bahasa Melayu

LocalCars
1 Jul 2025 • 4:30 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

KALAU anda peminat kereta jenis utiliti sukan (SUV) yang bergaya, berkuasa dan sarat teknologi, berita ini boleh buat kalian tersenyum lebar.

Proton baru jer memperkenalkan model X50 terbaharu yang tersedia tiga varian iaitu Executive, Premium dan Flagship itu tampil dengan desain lebih sharp. Paling best, boleh faham bahasa kita!

Yes, ini bukan gurauan. Buat pertama kalinya, SUV segmen-B versi serba baharu tersebut dikemas kini dengan pengecaman suara (VR) dalam Bahasa Melayu.

image is not available

image is not available

Lagi gempak, jentera moden tersebut lengkap dengan ciri ADAS Tahap 2 yang dinaik taraf dan sistem IHU yang dipertingkatkan dengan skrin besar 14.6 inci.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, Zhang Qiang berharap Proton X50 dapat meneruskan legasi kecemerlangan model dengan penawaran peningkatan teknologi dan prestasi menyeluruh.

image is not available

“Ciri-ciri mewah dan gaya luaran yang sporty yang ditawarkan dapat menarik minat pelanggan daripada semua lapisan masyarakat dan menetapkan semula penanda aras dalam kelas SUV segmen B.

“Dengan evolusinya yang dipacu inovasi, PROTON X50 terbaharu akan mengukuhkan kedudukan jenama yang kuat buat pelanggan yang mencari pengalaman pemanduan yang terhubung dan diyakini,” katanya.

image is not available

Apa lagi yang membuatkan kalian teruja? Selain kekemasan gril dan bampar depan baharu, spoiler belakang juga nampak lebih garang dengan rim aloi rekaan terkini serta paduan empat saluran ekzos.

Warna baharu Teal Bayou Green memang nampak mewah! Paling syok, ada peningkatan 4.7 peratus dalam kecekapan bahan api sekali gus anda boleh jimat minyak.

image is not available

Bahagian dalaman kenderaan juga telah dinaik taraf dengan ketara untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih premium.

Bukan itu sahaja, turut tersedia konsol lantai terapung, lampu suasana 72 warna dan column shifter yang diinspirasikan daripada kereta mewah, sistem infotainmen sokong Android Auto dan Apple CarPlay, Sistem Bantuan Parkir Automatik (APA) Pintar serta banyak lagi.

image is not available

Yang penting, Proton X50 masih kekal dengan penarafan keselamatan 5 bintang ASEAN NCAP.

Jadi, kalau anda minat SUV yang bukan saja cantik luar dalam, malah mesra teknologi dan selesa sekeluarga, brand lokal popular ini patut ada dalam wishlist kalian.