“Bukan Dalam Hidup Saya..” – Dituduh Rampas Ryu Junyeol Dari Hyeri, Han Sohee Tampil Bersuara

15 Mar 2024 • 5:06 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Semakin lama, semakin banyak spekulasi yang dibuat mengenai hubungan Han So-hee bersama Ryu Jun-yeol.

Pada awal pagi ini, ramai telah dikejutkan dengan khabar angin percintaan antara Ryu Jun-yeol dengan Han So-hee.

Bagaimanapun, agensi terus menafikannya dan menjelaskan bahawa mereka dilihat berada di Hawaii atas urusan peribadi masing-masing, bukannya sebagai pasangan kekasih.

Pada hari yang sama, masih ada spekulasi tercetus menyatakan bahawa pelakon lelaki itu putus dengan bekas kekasihnya Hye-ri pada November tahun lalu, untuk bersama Han So-hee.

image is not available

Setelah pelbagai gosip tersebar, Han So-hee nampaknya telah tampil mempertahankan dirinya dengan memuat naik satu foto di Instagram Story, dengan kapsyen yang tertulis,

Saya pun tak suka orang yang dah ada kekasih. Saya tak memberi mereka ruang atas nama kawan. Saya tidak menunjukkan minat, menjalinkan perhubungan atau mengganggu hubungan orang lain. Saya suka program cinta ‘Love Transit’ tetapi ia bukan dalam hidup saya.

Ia seronok juga untuk saya.

Haa tuan badan sendiri dah bersuara tau.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.