“Bukan Demam” – Indonesia Jawab Sebab Sebenar Prabowo Batal Pertemuan Dengan PMX

24 Dec 2024 • 1:44 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Setiausaha Kabinet, Mayor Teddy Indra Wijaya menjelaskan bahawa Presiden Indonesia, Prabowo Subianto membatalkan kunjungannya ke Malaysia untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan kerana demam atau tidak sihat seperti yang didakwa.

Prabowo sihat, terpaksa pulang ada urusan penting

image is not available
Kredit foto: Teddy

Menerusi laporan daripada kompas TV, Teddy berkata Presiden Prabowo perlu segera kembali ke Indonesia untuk menyelesaikan beberapa urusan penting negara.

Beliau (Prabowo) perlu segera berada di Indonesia kerana ada perkara yang harus diselesaikan. Itu sahaja alasannya. Jika dilihat dalam video, beliau kelihatan sihat dan terus mempengerusikan mesyuarat.-Katanya

Sebelum ini, PMX melalui Facebook miliknya menyatakan bahawa pertemuan dengan Presiden Prabowo dibatalkan kerana Prabowo mengalami demam.

PMX juga dimaklumkan, Prabowo membatalkan pertemuan tersebut sehari sebelum jadual kunjungannya ke Malaysia.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: Kompas TV