“Bukan Dia Yang Buat” – Dakwa Ramai Terlibat Kes Bun*h Di Sabak Bernam, Netizen Mohon PDRM Siasat GF Suspek

26 May 2023 • 1:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kes pembunuhan seorang wanita yang dibakar di sebuah ladang kelapa sawit di Sabak Bernam masih menjadi bualan hangat di media sosial.

Mana tidaknya, sejak suspek iaitu pemuda berusia 20 tahun ditangkap, gadis yang mengaku teman wanitanya sering memberikan kenyataan berhubung kes itu.

Sebelum ini, dia dikecam hebat oleh warganet kerana memuji suspek seorang yang sangat baik dan percaya bahawa keadaan memaksanya melakukan jenayah tersebut.

image is not available 3 hari lalu

"Mungkin Keadaan Memaksa Dia Jadi Macam Tu" - Bun*h Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Hari ini, tular pula tangkap layar mesej seorang individu yang bertanya kepada gadis dikenali sebagai Eshaa itu tentang teman lelakinya.

Menerusi mesej itu, dia berkata suspek tidak melakukan jenayah membunuh berkenaan tetapi terlibat dengan kes tersebut.

Malah dia turut mengiyakan selepas individu berkenaan bertanya sama ada ramai yang terlibat dengan kes pembunuhan kejam gadis berusia 21 tahun itu.

Menerusi komen, ramai netizen meminta agar polis mengambil keterangan Eshaa kerana mengesyaki dia tahu sesuatu selain turut mengganggu siasatan dengan mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Dalam pada itu, tangkap layar komen daripada seorang lelaki turut meraih perhatian di mana dia mendakwa pemuda 20 tahun yang tular itu bukanlah pelaku sebenar.

Sebaliknya, individu itu memuat naik gambar seorang lelaki dan berkata pemuda yang tular tersebut merupakan kawannya dan telah dipanggil untuk memberi keterangan.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved