Bukan ‘Fomo’, Aniq Suhair tidak sertai Hyrox mahu fokus tambah otot

Health & Fitness
24 Jul 2026 • 7:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bukan ‘Fomo’, Aniq Suhair tidak sertai Hyrox mahu fokus tambah otot

PETALING JAYA: Pelakon, Aniq Suhair, tidak berhasrat menyertai pertandingan kecergasan popular, Hyrox, kerana fokusnya ketika ini adalah untuk membina jisim otot, bukannya meningkatkan ketahanan fizikal.

Aniq atau Muhammad Aniq Suhair Mohd. Salleh, 24, berkata, dia bukan individu yang gemar mengikut trend semata-mata, termasuk fenomena Hyrox yang semakin mendapat perhatian.

“Saya tidak terikat dengan perkara yang sedang tular. Kalau sesuatu itu menjadi trend, biarlah orang lain yang lakukannya. Saya bukan seorang yang fear of missing out (FOMO).

“Sasaran bentuk badan saya berbeza. Sekarang saya mahu menambah berat badan dan membina otot. Hyrox pula lebih memberi penekanan kepada aspek ketahanan, jadi itu bukan fokus saya ketika ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Aniq berkata, usaha mengubah penampilan fizikal bukan didorong tuntutan watak atau persiapan untuk membintangi filem aksi, sebaliknya sebagai cabaran peribadi.

“Saya membina badan bukan kerana projek, tetapi mahu menguji kemampuan diri. Saya ingin melihat sejauh mana saya mampu mencapai tahap terbaik.

“Saya ke gimnasium empat kali seminggu dan sudah mengamalkan rutin itu sejak setahun lalu.

“Walaupun jadual penggambaran padat, saya tetap berusaha mendapatkan rehat yang mencukupi selain mengambil suplemen bagi mengekalkan bentuk fizikal,” katanya. -UTUSAN

The post Bukan ‘Fomo’, Aniq Suhair tidak sertai Hyrox mahu fokus tambah otot appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved