“Bukan Galakkan Orang Jadi Pondan..” – Drama ‘Pondan Itu’, Erma Fatima Tegaskan Ada Mesej Positif Yang Ingin Disampaikan

EntertainmentOpinion
9 Sep 2025 • 2:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Harian Metro, penerbit dikenali ramai iaitu Erma Fatima tampil menegaskan bahawa ada mesej positif yang ingin disampaikan melalui drama Pondan Itu.

Banyak mesej positif yang ingin disampaikan

Menurut Erma, watak utama drama berkenaan iaitu Hany Manja akan memberi banyak mesej positif buat penonton dan dia sama sekali tidak mempunyai niat untuk menggalakkan masyarakat menjadi pondan.

Mesej drama itu bukanlah untuk menggalakkan orang menjadi pondan. Sebaliknya, ia mengetengahkan persoalan apa yang akan berlaku jika seseorang meninggal dunia ketika masih berada dalam keadaan itu?

Kata penerbit itu, dia memilih untuk mengambil pelakon transgender atau pondan sebenar bagi melakonkan watak utama dalam drama berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ermafatima (@ermafatima)

Nasihat pelakon tidak perlu keterlaluan

Pelakon itu saya pilih selepas sesi uji bakat kerana saya nampak dia benar-benar berbakat dalam lakonan. Dalam cerita ini, wataknya mempunyai hubungan sulit dengan suami orang.

Apabila menjawab tentang kecaman yang diterima, Erma berkata biarpun dia tidak duduk di kerusi pengarah, tetapi kecaman akan tetap dituju kepadanya.

Sebagai penerbit, saya sentiasa berpesan kepada pelakon supaya tidak melampaui batas. Tidak perlu babak keterlaluan seperti hubungan seks atau adegan yang menjurus ke arah itu.

image is not available 2025-09-08 14:14:07

Erma Fatima 'Merajuk' Drama Teruk Dikecam, Bawa Diri Pergi Luar Negara? - "Aku Chaw Dulu Lah.."