Bukan Gurauan, Bukan Lakonan, G-Dragon Kini Bergelar Pensyarah

12 Jun 2024 • 8:37 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Bintang K-pop pujaan ramai, G-Dragon, 35 kini bergelar profesor dan menggalas tugas sebagai seorang pensyarah. Perkembangan terkini ahli kumpulan Big Bang ini bukanlah gurauan atau lakonan, tetapi benar-benar berlaku dalam kehidupan pemilik nama, Kwon Jiyong ini. 

G-Dragon mendapat gelaran pensyarah selepas dia menerima peranan sebagai profesor pelawat Korea Advanced Institute of Science & Technology (KAIST).

Dalam perjanjian yang ditandatangani antara KAIST dan agensi yang menguruskan rapper itu, Galaxy Corporation, G-Dragon akan diletakkan di bawah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal universiti terbabit. 

Perjanjian yang sah sehingga 2026 ini akan menyaksikan  G-Dragon menyampaikan syarahan mengenai kepimpinan. 

@tsrmakerz G-Dragon has become a special professor at KAIST. #GD will teach undergraduate and graduate students in the Department of Mechanical Engineering, giving lectures on leadership until June 2026. #GDRAGON is also set to give a speech at today's event at KAIST, "Innovate Korea 2024.” #kwonjiyong #gd #KAIST ♬ Bloody Mary - Instrumental - Lucidity

Perjanjian itu juga akan melibatkan G-Dragon dalam penyelidikan berkaitan kecerdasan buatan (AI), robotik, metaverse dan pembangunan avatar artis. 

“Adalah satu penghormatan untuk dilantik sebagai profesor pelawat di KAIST, tempat kelahiran ramai cerdik pandai saintifik.

"Saya menantikan sinergi yang hebat, yang akan berlaku apabila kepakaran saya dalam bidang hiburan bertemu dengan pakar sains dan teknologi terkemuka," ulas G-Dragon ketika majlis perlantikan rasmi pada 5 Jun lalu. 

image is not available

Pada majlis pelancaran itu, rapper ini turut memberitahu bahawa dia masih lagi berbincang dengan panel universiti tentang butiran kelas bagi memastikan sesi pembelajaran yang dikendalikannya nanti mencapai objektif pembelajaran.

Untuk info, ini bukan kali pertama KAIST melantik nama-nama besar dan popular sebagai pensyarah. 

Sebelum ini, bekas ketua penerbit SM Entertainment, Lee Soo Man dan penyanyi opera, Jo Sumi turut menggalas tanggungjawab yang sama. - Getaran, 12 Jun 2024

Foto : @8KLIFE