Bukan hanya tak beli baju raya, ada segelintir netizen luah tak dapat balik beraya

2 Apr 2024 • 7:46 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pejam celik hampir beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ketika ini ramai yang sudah melengkapkan persiapan mereka menyambut hari lebaran. Dan sudah pastinya sudah tidak sabar untuk pulang ke kampung berjumpa keluarga dan sanak saudara.

Beberapa hari lalu, tular keluhan netizen yang tidak membeli kelengkapan dan keperluan raya kerana faktor kewangan. Ada antara mereka yang mendahulukan perbelanjaan sekolah anak berbanding keperluan raya.

Tiada baju raya kedengaran seperti perkara biasa, asalkan dapat pulang ke kampung. Bagaimanapun, agak menyedihkan apabila ada juga antara kita yang tidak dapat pulang ke kampung meraikan lebaran. Bukan hanya faktor kerja, faktor kewangan juga menjadi isu utama.

image is not available

“Tak boleh balik kereta rosak. Baju raya anak bini tak dapat beli. Duit cukup-cukup bayar rumah air api barang dapur. Itu je yang dapat,” tulis netizen.

image is not available

“Tak dapat balik raya sebab pertama dah kena buang kerja. Yang kedua persiapan apa pun tak ada. Yang ketiga zakat pun tak dapat bayar sebab tak ada duit. Ke-4 tak ada duit langsung,” kata netizen lain pula.

Menerusi komen-komen yang ditinggalkan dalam TikTok tersebut, ada juga yang menyatakan tidak dapat balik beraya kerana faktor keluarga.

image is not available

“Mak tak izinkan sebab saya bukan kahwin pilihan menantunya,” katanya.

“Macam mana nak balik kampung rumah pusaka Kak Long duduk dia tak suka adik-beradik balik kat rumah tu lagi. Sedih sangat rumah tempat kitaorang dilahirkan,” kata netizen lain.

image is not available

Walaupun tidak dapat balik beraya, lebaran boleh diraikan dimana-mana sahaja asalkan ada keluarga yang setia disisi. Semoga segala urusan mereka yang menghadapi dugaan tersebut dipermudahkan.

Sumber: TikTok