“Bukan Hanya Untuk Peminat..” – Lisa Nafi BLACKPINK Akan Bubar

EntertainmentMusic
13 Aug 2024 • 10:43 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Mesti ramai yang tahu kan bahawa ahli BLACKPINK lebih fokus dengan aktiviti solo mereka kini.

Dengan ini, terdapat banyak khabar angin atau dakwaan tentang pembubaran kumpulan itu tambahan pula setiap ahli bernaung di bawah agensi berbeza.

Namun dalam satu temu bual bersama majalah Elle, Lisa menjawab sekiranya BLACKPINK akan terus mempromosikan bersama.

Responnya yakin,

Sudah tentu kami akan meneruskan BLACKPINK. Ia bukan hanya kerana peminat kami tetapi untuk diri kami juga. Tidak ada keraguan. Inilah kehidupan kami.

Meninjau komen di laman X, peminat rata-rata seronok dan mempunyai jangkaan tinggi untuk comeback BLACKPINK di masa hadapan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article