Bukan Hiasan Semata-mata, Ini 10 Jenis Pokok & Tanaman Yang Sesuai Ditanam Di Kubur

Home & Living
14 Jan 2026 • 3:38 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap kali menziarahi tanah perkuburan, kita pasti dapat melihat beberapa pusara yang dihiasi dengan binaan kepok dan juga pokok-pokok kecil yang ditanam. Ahli keluarga si mati melakukan perkara itu sebagai tanda kasih sayang dan mengekalkan kekemasan serta kebersihan pusara.

Bagaimanapun, tidak dinafikan masih ada segelintir individu yang kurang arif atau keliru mengenai jenis-jenis pokok yang sesuai ditanam di kubur.

Hukum menanam pokok di kubur menurut Islam

Sebahagian besar ulama berpendapat bahawa menanam pokok di atas kubur adalah harus selagi mana ia tidak membawa mudarat kepada struktur tanah perkuburan.

Pokok yang hidup dianggap bertasbih kepada Allah dan keberkatan tasbih itu diharapkan memberi manfaat kepada si mati. Namun, perlu diingatkan bahawa tiada kewajipan untuk menanam pokok kerana ia tidak termasuk dalam syarat kesempurnaan kubur.

image is not available
Foto: Malaymail

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut menjelaskan bahawa amalan ini boleh dilakukan, tetapi perlu dengan syarat tertentu. Antaranya, pokok yang ditanam mestilah kecil, akarnya tidak merosakkan, dan mudah dijaga.

Ringkasnya, hukum menanam pokok di kubur adalah dibenarkan dalam Islam dengan syarat tidak memudaratkan.

Prinsip pemilihan jenis pokok untuk kubur

Pemilihan jenis pokok yang sesuai ditanam di kubur perlu dibuat dengan teliti agar ia tidak menyalahi adab dan syariat Islam.

Tumbuhan yang dipilih seharusnya membawa manfaat rohani, mudah diurus dan tidak memberi kesan negatif kepada struktur kubur.

Berikut prinsip penting dalam pemilihan tanaman di kawasan kubur:

  1. Tidak merosakkan struktur kubur
  2. Mudah dijaga dan ringkas
  3. Memberi nilai rohani
  4. Tidak mengundang bahaya
  5. Bersesuaian dengan iklim tempatan

Jenis pokok yang sesuai ditaham di kubur

Susulan itu, mari kami kongsikan kepada anda 10 pokok yang sesuai ditanam di kubur menurut portal Flora Malay.

Pemilihan jenis pokok yang sesuai ditanam di kubur perlu mengambil kira aspek keindahan, simbolik rohani, serta kemudahan penjagaan.

Di Malaysia, terdapat beberapa tanaman yang dianggap sesuai kerana bersaiz kecil, tidak merosakkan struktur, dan mempunyai nilai estetik.

Antara pokok-pokok yang sesuai ditanam di kubur ialah:

  • Pokok Melur – mudah tumbuh, barbau harum dan sering dikaitkan dengan kesucian.
  • Bunga Kemboja – sinonim dengan kawasan perkuburan, bunganya tahan lama dan tidak memerlukan penjagaan intensif.
  • Bunga Kenangan – mempunyai aroma wangi yang lembut dan sering dikaitkan dengan simbol ketenangan.
  • Pokok Jasmin Mini – sesuai ditanam terus di atas kubur, akarnya kecil dan mudah dikawal.
  • Pokok Bunga Kertas – tahan Lasak, berbunga sepanjang tahun dan memerlukan penyiraman minimum.
  • Pokok Bunga Tahi Ayam – berbunga kecil berwarna-warni, sesuai untuk memperindah kawasan perkuburan.
  • Rumput Jepun – boleh dijadikan alas di sekeliling kubur, memberikan kesan rapi dan hijau.
  • Pokok Pandan Wangi – tumbuh subur dalam iklim tropika, memberi aroma segar dan mudah dijaga.
  • Senduduk Kecil – tumbuhan semak rendah dengan bunga ungu, biasa ditemui di tanah lapang.
  • Pelepah Kurma – walaupun tidak lazim ditanam di Malaysia, hadis Rasulullah SAW mengenai pelepah kurma menjadi asas bahawa tumbuhan yang hidup bertasbih memberi manfaat kepada penghuni kubur. Sebagai alternatif, pokok hijau yang mudah dijaga boleh dijadikan pengganti.

Kesimpulannya, pemilihan jenis pokok yang sesuai ditanam di kubur bukan sahaja soal hiasan, tetapi juga berkait dengan adab serta makna rohani dalam Islam.

View Original Article