‘Bukan Ibu Saya’ – Anak Nafi Dakwaan Zainab Terbabit Skandal LCS

22 Aug 2022 • 3:15 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Dalam ciapan di Twitter, Syaza Nazura menafikan penglibatan ibunya dalam projek yang menjadi pertikaian terbabit sambil menegaskan wanita yang disebut itu adalah individu berbeza - Tangkapan layar Twitter

KUALA LUMPUR - Anak perempuan kepada Zainab Mohd Salleh menyangkal dakwaan bahawa ibunya adalah wanita yang dinamakan terbabit dalam kontroversi projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) dan dikatakan sebagai isteri kepada Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, walaupun mempunyai nama sama dengan individu disebut.

Menerusi pesanan ringkas kepada The Vibes, Syaza Nazura menafikan penglibatan ibunya dalam projek yang menjadi pertikaian terbabit sambil menegaskan wanita yang disebut itu adalah individu berbeza.

 “Zainab yang disebut (isteri kedua Latiff) itu bukan ibu saya,” katanya.

Manakala menerusi ciapan di Twitter, Syaza Nazura mengesahkan bahawa ibunya yang juga Ketua Pegawai Kewangan (CFO) di firma minyak dan gas Dialog Group Berhad, bukanlah wanita berkenaan seperti didakwa Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai membalas ciapan Twitter Presiden Parti Aspirasi Sains Malaysia, Kenneth Chai yang mendakwa Zainab yang bertugas di firma berkenaan adalah wanita terlibat dalam dakwaan salah laku berkaitan projek LCS.

“Zainab Mohd Salleh dalam ‘Paradise Papers’ merujuk kepada pasangan Ahli Parlimen Mersing (Latiff) dan bukannya CFO Kumpulan Dialog seperti anda nyatakan.

“Sila tarik balik kenyataan anda dan buat permohonan maaf secara terbuka,” katanya. – Getaran, 22 Ogos 2022

Statement Associated with Zainab Binti Mohd Salleh, Group CFO of DIALOG Group Berhad We wish to alert the public that...

Posted by Dialog Group on Sunday, August 21, 2022

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL