“Bukan Ismail Izzani” – Wanita Mengaku Dakwaan Dihamilkan Artis Lelaki Malaysia Tidak Benar

8 Jun 2023 • 12:59 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, seorang wanita mendakwa seorang artis lelaki Malaysia telah membuatkan dirinya hamil dan enggan mengambil tanggungjawab.

Menerusi hantaran di laman TikTok, wanita itu mendakwa artis lelaki berkenaan merupakan seorang yang sering meniduri ramai wanita.

Malah, dia turut memaklumkan perkara tersebut kepada ibu bapa lelaki itu, namun mereka mengabaikannya dan meminta wanita berkenaan untuk menggugurkan kandungan tersebut.

image is not available

Walaupun wanita itu tidak menyebut mana-mana pihak, nama penyanyi dan pelakon, Ismail Izzani telah dipetik oleh netizen.

Susulan itu, ibu kepada Ismail iaitu Datin Suliza Salam menafikan dakwaan tersebut dan mempertahankan anaknya.

Tidaklah! Mana ada hamilkan anak orang. Yang menulis itu pun mungkin tidak betul.

Apa yang lebih mengejutkan, wanita itu menafikan artis yang dimaksudkan adalah Ismail dan mengakui dakwaan mengatakan dia dihamilkan artis lelaki itu sebenarnya tidak benar.

image is not available

Maaf kepada semua yang mengikuti akaun ini dari mula. Saya akan padam akaun ini kerana dakwaan itu sebenarnya tidak benar. Wasalam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

"Dah Lama Saya Diam.." - Artis Lelaki Malaysia Didakwa Hamilkan Kekasih, Siap Paksa Gugurkan Kandungan