Baru-baru ini seorang peniaga donut menjadi kecaman ramai kerana menggunakan tagline yang disifatkan berbaur lucah.
Susulan itu juga, peniaga berkenaan tampil memohon maaf dan memaklumkan telah menukar nama.
Tular pula ketika ini peniaga donut di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani yang dikenali sebagai Jejaka Sosurr menjadi perhatian ramai.
Depa kata lembuit betoi ka #donatsusu #jejakatiptop #jejakasosurr #donat #donatsosurr
Menerusi perkongsian di TikTok, peniaga donut dipuji ramai kerana menjaga kebersihan gerai dengan sebaiknya.
Selain itu juga, kata netizen tanpa membuat tagline atau aksi pelik, perniagaan Jejaka Sosurr ini tetap maju.
Dalam perkongsian video itu juga, dirakam aksi pembeli yang beratur panjang, tidak mahu melepaskan peluang mencuba donut susu.
Kami Minta Maaf…. #donat #donatsusu #donatsosurr #jejakasosurr #jejakatiptop #tiptoplebiu #review #maaf
Bukan sahaja kebersihan gerai dipuji, malahan keenakan dan kelembutan rasa donut yang dijual turut menjadi tarikan.
The post ‘Bukan je donut dijual sedap, bersih, tak ada tagline merapu’ – Peniaga Jejaka Sosurr raih pujian ramai appeared first on The Reporter.




