Bukan Kaleng-Kaleng! Chery TIGGO 7 Jadi SUV China Pertama Bolot 5-Bintang Di Eropah, Australia & ASEAN

WorldCars
11 Mar 2026 • 12:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jika anda sedang mencari SUV yang bukan sahaja cantik tetapi bertindak sebagai ‘perisai’ di jalan raya, Chery TIGGO 7 kini memegang takhta tersebut. SUV ini baru sahaja mengukuhkan kedudukannya sebagai satu-satunya kenderaan jenama China yang meraih penarafan keselamatan 5-Bintang tertinggi daripada empat badan autoriti global utama dunia!

image is not available

Bukan satu, bukan dua, tetapi TIGGO 7 berjaya menundukkan standard paling ketat daripada Euro NCAP (Eropah), ANCAP (Australia), ASEAN NCAP (Asia Tenggara), dan C-NCAP (China).

image is not available

Pecah Rekod 15 Tahun ASEAN NCAP!

Pada penghujung 2025, TIGGO 7 mengejutkan industri apabila memperoleh skor 94.68 mata dalam ujian ASEAN NCAP—markah tertinggi yang pernah dicatatkan sejak organisasi itu ditubuhkan pada 2011.

Ia juga melakar sejarah sebagai satu-satunya model Plug-in Hybrid (PHEV) yang menerima "skor berganda" dengan markah penuh dalam kategori Perlindungan Dewasa dan Bantuan Keselamatan.

Teknologi Pintar: ‘Mata’ Di Setiap Penjuruimage is not available

Direka khas untuk cabaran trafik di Asia Tenggara yang padat dengan motosikal, TIGGO 7 dilengkapi sistem bantuan pemandu L2+ yang sangat sensitif:

Blind Spot Monitoring: Automatik aktif melebihi 15 km/j untuk elak pelanggaran masa tukar lorong atau buka pintu.

Casis Lutsinar 540 Darjah: Membolehkan pemandu "melihat menembusi" badan kenderaan untuk menghapuskan titik buta sepenuhnya.

Brek Kecemasan Automatik (AEB): Mengesan kenderaan dan pejalan kaki dengan lebih pantas.

Struktur 'Sangkar' Keluli Berkuasa Tinggi

Keselamatan TIGGO 7 bukan sekadar perisian, tetapi pada "tulang" kenderaan itu sendiri:

61% Badan Keluli: Diperbuat daripada keluli berketumpatan tinggi.

8 Beg Udara: Hadir sebagai ciri standard untuk perlindungan maksimum seisi keluarga.

Chery ‘Mengganas’ Di Pasaran Global: 6 Juta Pelanggan Luar Negara!image is not available

Memasuki tahun 2026, Chery Group membuktikan mereka adalah "Gergasi Automotif" yang sukar digugat. Pada Februari 2026 sahaja, Chery mencatat jualan global sebanyak 160,765 unit—lonjakan drastik 41.5% berbanding tahun lepas.

Kini, Chery menjadi jenama China pertama yang melepasi angka 6 juta pelanggan antarabangsa, dengan jumlah keseluruhan pengguna mencecah 18.89 juta di seluruh dunia.

View Original Article